Join our membership and enjoy 5% off on your first purchase, with min. RM600 spend.

MALAYSIA

Idea Barang Hantaran Kahwin Menarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Idea Barang Hantaran Kahwin Menarik

Hal-hal perkahwinan ini memang seronok, tapi ia juga memakan banyak tenaga, masa, dan juga duit. Tapi jangan risau, kami akan bantu anda untuk memilih barang hantaran tunang yang kena dengan cita rasa buah hati anda dan sesuai dengan bajet yang telah dipersetujui.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 17 jenis contoh barang hantaran kahwin yang menarik untuk lelaki dan perempuan.

Apa Itu Hantaran Kahwin?

Hantaran kahwin merupakan hadiah yang berbentuk wang tunai dengan nilai yang dipersetujui kedua-dua pihak untuk diberikan daripada suami ke isteri. Dari segi agama Islam, pemberian hantaran kahwin untuk pasangan anda adalah tidak wajib. Manakala, pemberian mas kahwin adalah wajib.

Apa Itu Barang Hantaran?

Barang hantaran adalah hadiah berbentuk barang yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak kepada belah suami dan isteri. Jenis barang hantaran yang tersedia ada yang tradisional dan berunsurkan adat Melayu, manakala ada yang telah dimodernisasikan dan bergantung kepada trend zaman kini.

Apa Itu Mas Kahwin?

Mas kahwin merupakan sesuatu pemberian wajib daripada suami ke isterinya. Ianya telah disyariatkan di dalam Al-Quran bahawa pemberian mas kahwin adalah wajib. Ia dianggap sebagai tanda tanggungjawab, kesungguhan, kemuliaan si isteri, dan lambang cinta.

Kadar mas kahwin berlainan buat setiap negeri. Ia bermula dari puluhan ringgit hingga ke beberapa ratus ringgit. Ia juga berkemungkinan untuk bertukar setiap tahun. Jadi, pastikan anda dan pasangan anda menentukan harga mas kahwin berdasarkan kadar yang ditetapkan.

Senarai Barang Hantaran Kahwin Perempuan

idea barang hantaran kahwin untuk wanita barang kemas cincin berlian

1. Barangan Kemas

Sudah tentulah barangan kemas sewajarnya ada di antara barang hantaran yang terpilih kepada pihak perempuan. Selalunya, dulang barangan kemas juga dikenali sebagai dulang untuk batal air sembahyang. Barangan kemas yang lain seperti cincin diamond, gelang, rantai, anting-anting dan lain-lain juga termasuk.

idea hadiah barang hantaran kahwin untuk wanita koleksi barang kemas LvcPromise

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita gelang tangan LvcPromise Diamond Bangle in White Gold
LvcPromise Diamond Bangle in White Gold

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita subang LvcPromise Diamond Earrings in White Gold
LvcPromise Diamond Earrings in White Gold

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita cincin berlian LvcPromise One Wedding Band in White Gold with Center Diamond Solitaire
LvcPromise One Wedding Band in White Gold with Center Diamond Solitaire

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita rantai leher LvcPromise Signature Diamond Pendant in White Gold
LvcPromise Signature Diamond Pendant in White Gold

 

idea hadiah barang hantaran kahwin untuk wanita koleksi barang kemas Lvc Destiny

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita rantai tangan LVC Destiny Infinity Diamond Bracelet
LVC Destiny Infinity Diamond Bracelet

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita subang LVC Destiny Infinity Diamond Earrings
LVC Destiny Infinity Diamond Earrings

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita cincin LVC Desirio Destiny Wedding Band in White and Rose Gold with Brilliant Diamonds
LVC Desirio Destiny Wedding Band in White and Rose Gold with Brilliant Diamonds

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita rantai leher LVC Destiny Infinity Diamond Necklace
LVC Destiny Infinity Diamond Necklace

idea hadiah barang hantaran kahwin untuk wanita koleksi barang kemas LVC Charmes Trinity

idea hadiah hantaran kahwin untuk perempuan rantai leher LVC Charmes Trinity Diamond Pendant
LVC Charmes Trinity Diamond Pendant

idea hadiah hantaran kahwin untuk perempuan subang LVC Charmes Trinity Diamond Earrings
LVC Charmes Trinity Diamond Earrings

idea hadiah hantaran kahwin untuk perempuan loket LVC Charmes Interlocking Mini Ring Diamond Pendant
LVC Charmes Interlocking Mini Ring Diamond Pendant

idea hadiah hantaran kahwin untuk perempuan gelang tangan LVC Charmes Wire Heart Diamond Bangle
LVC Charmes Wire Heart Diamond Bangle

2. Mas Kahwin dan Duit Hantaran

Terdapat pelbagai idea gubahan menarik untuk dulang mas kahwin dan duit hantaran yang menarik, seperti gubahan wang dan replika cek. Zaman sekarang, ada juga hantaran yang diberi sekali dengan jongkong emas.

3. Hantaran Sirih Junjung/Tepak Sireh

Sirih junjung dan tepak sireh merupakan tradisi Melayu yang perlu digunakan sebagai pembuka kata upacara merisik, pertunangan, ataupun pernikahan.

4. Beg Tangan

Beg tangan merupakan pilihan barang hantaran yang klasik dan popular buat pihak perempuan. Anda boleh pilihlah fesyen yang sesuai dengan citarasa bakal si isteri.

5. Alat Solek

Alat solek, mekap, set penjagaan, dan juga “skincare” merupakan hantaran yang sangat digemari oleh pihak perempuan. Terdapat pelbagai jenama yang elok dan berkualiti untuk dipilih.

6. Minyak Wangi

Si pengantin mestilah ingin berbau wangi semerbak pada hari kenduri nanti. Hantaran set minyak wangi boleh dijadikan sebagai haruman “signature” buat si isteri.

7. Kasut

Sudah tentulah kasut merupakan barang hantaran yang penting. Selalunya, kasut inilah yang akan diperagakan oleh pengantin pada hari kenduri nanti.

8. Telekung/Al Quran/Sejadah

Pilihan telekung, Al Quran dan sejadah sebagai barang hantaran juga penting kerana ia melambangkan niat untuk bersama-sama beribadah sebagai suami isteri.

9. Kek

Kek pengantin bukan saja terdapat pada hari kenduri, ia juga boleh diberi sebagai barang hantaran manisan dan boleh dikongsi bersama oleh keluarga si pengantin.

Senarai Barang Hantaran Lelaki

1. Barangan Kemas

Sudah tentulah kedua-dua pengantin perlu diberikan cincin sebagai barang hantaran. Terdapat pelbagai pilihan cincin dengan harga yang mampu milik dan rekaan yang menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai barang hantaran untuk lelaki.

idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki cincin LVC Classique Wedding Band in Platinum
LVC Classique Wedding Band in Platinum

idea hadiah hantaran kahwin untuj lelaki cincin LVC Eterno Wedding Band in White Gold with an Inner Diamond
LVC Eterno Wedding Band in White Gold with an Inner Diamond

idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki cincin LVC Purete Duo Wedding Band with Mixed Matte and Glossy Finish
LVC Purete Duo Wedding Band with Mixed Matte and Glossy Finish

idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki cincin LVC Purete Classic Wedding Band in Platinum with Glossy Finish
LVC Purete Classic Wedding Band in Platinum with Glossy Finish

idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki cincin LVC Purete Classic Wedding Band in Platinum with Glossy Finish
LVC Purete Classic Wedding Band in Platinum with Glossy Finish

idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki cincin LVC Purete Wedding Band in Platinum with Milgrain Design
LVC Purete Wedding Band in Platinum with Milgrain Design

2. Jam Tangan

Jam tangan merupakan hantaran yang sering digemari ramai untuk diberikan sebagai barang hantaran lelaki. Pilihlah berdasarkan cita rasa pasangan anda dan bajet yang ditetapkan.

3. Gajet Elektronik

Sejak dua menjak ini, gajet elektronik seperti “smart watch” telah menjadi pilihan barang hantaran lelaki yang popular untuk si bakal suami.

4. Dompet

Dompet ataupun “clutch bag” merupakan hantaran yang sesuai untuk dijadikan barang hantaran untuk lelaki. Jika diingini, ia juga boleh dipadankan dengan hantaran beg tangan pengantin perempuan.

5. Baju Melayu

Sudah tentulah busana baju melayu merupakan sesuatu yang elok dijadikan sebagai barang hantaran untuk lelaki. Terdapat pelbagai gaya unik yang boleh dipilih.

6. Minyak Wangi

Minyak wangi merupakan barang hantaran yang sesuai untuk kedua-dua pihak. Pilihlah minyak wangi lelaki yang bersesuaian dengan pasangan anda.

7. Buah-buahan

Hantaran makanan seperti buah-buahan juga digemari ramai dan merupakan pilihan barang hantaran yang klasik.

8. Al Quran

Hadiahkanlah sebuah Al Quran sebagai barang hantaran buat pengantin lelaki sebagai tanda niat untuk beribadah bersama-sama sebagai suami dan isteri.

Tip Pemilihan Hantaran Perkahwinan

1. Tentukan Jumlah Mas Kahwin dan Hantaran

Ini sewajarnya dibincangkan sesama bakal pengantin dengan pendapat ibu-bapa atau ahli keluarga juga. Pastikan kedua-dua pihak selesa dengan jumlah hantaran dipilih, dan pastikan mas kahwin mengikuti kadar yang ditetapkan di negeri masing-masing.

2. Tetapkan Jumlah Dulang Hantaran Yang Ingin Disediakan

Mengikutkan adat melayu tradisional, jumlah dulang perlu diberi dalam angka ganjil. Contohnya, jika pihak perempuan menyediakan 7 dulang, pihak lelaki perlu menyediakan 5 dulang sebagai hantaran.

3. Tentukan Warna Tema

Selalunya, pihak lelaki dan perempuan akan ada warna tema masing-masing. Sebaiknya, pastikanlah dulang hantaran juga mengikuti warna tema majlis perkahwinan yang dipilih.

4. Elakkan Daripada Membuat Kejutan

Kejutan ataupun “surprise” tidak berapa sesuai dengan budaya melayu yang mengutamakan adat dan budi bahasa. Pastikan bahawa kedua-dua pihak setuju dengan semua keputusan yang dibuat.

5. Jangan Berlebih-Lebihan

Seelok-eloknya, janganlah terlalu berlebihan. Pasangkanlah niat untuk berkongsi rezeki antara ahli keluarga dan merapatkan silaturahim.

Akhir Kata

Pastikan anda dan pasangan anda mengikuti panduan-panduan dan adat persiapan barang hantaran yang tertera untuk memastikan urusan perkahwinan berjalan dengan lancar. Untuk pelbagai lagi pilihan dan idea barang hantaran kahwin menarik, layari katalog Love & Co. https://love-and-co.com.my/shop/

LVC Soleil

Translating to ‘sun’ in French, the LVC Soleil collection features a mix of golds that blend together seamlessly,

Get Inspired

Made with love to celebrate love
@Loveandcoofficial

Hear It First

Sign up and save on your first order. Be the first to get access to limited-edition
products, exclusive promotions, and stories to celebrate love.