PUBLISHED: July 03, 2024
SHARE

Hal-hal perkahwinan ini memang seronok, tapi ia juga memakan banyak tenaga, masa, dan juga duit. Tapi jangan risau, kami akan bantu anda untuk memilih barang hantaran tunang yang kena dengan cita rasa buah hati anda dan sesuai dengan bajet yang telah dipersetujui.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan 17 jenis contoh barang hantaran kahwin yang menarik untuk lelaki dan perempuan.

APA ITU HANTARAN KAHWIN?

Hantaran kahwin merupakan hadiah yang berbentuk wang tunai dengan nilai yang dipersetujui kedua-dua pihak untuk diberikan daripada suami ke isteri. Dari segi agama Islam, pemberian hantaran kahwin untuk pasangan anda adalah tidak wajib. Manakala, pemberian mas kahwin adalah wajib.

APA ITU BARANG HANTARAN?

Barang hantaran adalah hadiah berbentuk barang yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak kepada belah suami dan isteri. Jenis barang hantaran yang tersedia ada yang tradisional dan berunsurkan adat Melayu, manakala ada yang telah dimodernisasikan dan bergantung kepada trend zaman kini.

APA ITU MAS KAHWIN?

Mas kahwin merupakan sesuatu pemberian wajib daripada suami ke isterinya. Ianya telah disyariatkan di dalam Al-Quran bahawa pemberian mas kahwin adalah wajib. Ia dianggap sebagai tanda tanggungjawab, kesungguhan, kemuliaan si isteri, dan lambang cinta.

Kadar mas kahwin berlainan buat setiap negeri. Ia bermula dari puluhan ringgit hingga ke beberapa ratus ringgit. Ia juga berkemungkinan untuk bertukar setiap tahun. Jadi, pastikan anda dan pasangan anda menentukan harga mas kahwin berdasarkan kadar yang ditetapkan.

SENARAI BARANG HANTARAN KAHWIN PEREMPUAN

idea barang hantaran kahwin untuk wanita barang kemas cincin berlian

1. Barangan Kemas

Sudah tentulah barangan kemas sewajarnya ada di antara barang hantaran yang terpilih kepada pihak perempuan. Selalunya, dulang barangan kemas juga dikenali sebagai dulang untuk batal air sembahyang. Barangan kemas yang lain seperti cincin diamond, gelang, rantai, anting-anting dan lain-lain juga termasuk.

idea hadiah barang hantaran kahwin untuk wanita koleksi barang kemas LvcPromise

1. LVC Promise Diamond Bracelet

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita gelang tangan LVC Promise Diamond Bracelet

2. LVC Promise Signature Diamond Pendant

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita rantai leher LVC Promise Signature Diamond Pendant Wanita memakai loket emas putih berlian LVC Promise, hantaran tunang untuk perempuan.


3. LVC Promise Eternity Wedding Band with a Center Solitaire Diamond

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita cincin berlian LVC Promise Eternity Wedding Band with a Center Solitaire Diamond Cincin berlian LVC Promise Eternity emas ros, idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita.

 

idea hadiah barang hantaran kahwin untuk wanita koleksi barang kemas Lvc Destiny

4. LVC Destiny Infinity Diamond Bracelet

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita rantai tangan LVC Destiny Infinity Diamond Bracelet Rantai tangan berlian simbol infiniti LVC Destiny, emas putih dan ros, hantaran tunang untuk perempuan dan idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita.

 

5. LVC Destiny Infinity Diamond Earrings

idea barang hantaran kahwin menarik untuk perempuan LVC Destiny Infinity Diamond Earrings

6. LVC Destiny Forever Love Diamond Necklace in White and Rose Gold

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita rantai LVC Destiny Forever Love Diamond Necklace in White and Rose Gold

7. LVC Destiny Infinity Diamond Necklace

idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita rantai leher LVC Destiny Infinity Diamond Necklace



LVC Charmes Wire Heart Diamond Bangle

idea hadiah hantaran kahwin untuk perempuan gelang tangan LVC Charmes Wire Heart Diamond Bangle

LVC Charmes Clover Diamond Bangle

Gelang tangan berlian LVC Charmes Clover, rekaan semanggi empat daun, idea hadiah hantaran kahwin dan hantaran tunang untuk wanita. Gelang tangan berlian LVC Charmes Clover, rekaan semanggi empat daun, idea hadiah hantaran kahwin untuk wanita.

 

LVC Charmes Crown Necklace in Rose Gold

Rantai leher LVC Charmes Crown emas ros dengan berlian, idea hantaran tunang untuk perempuan.

LVC Charmes Circlet Earrings

Subang berlian LVC Charmes Circlet emas putih, idea hantaran tunang untuk perempuan.

LVC Charmes Petit Love Diamond Bracelet

Gelang tangan berlian LVC Charmes Petit Love bentuk hati, idea hantaran tunang untuk perempuan.

LVC Charmes Tiara Heart Diamond Pendant

Loket berlian LVC Charmes Tiara Heart emas putih, idea hantaran tunang untuk perempuan.

2. Mas Kahwin dan Duit Hantaran

Terdapat pelbagai idea gubahan menarik untuk dulang mas kahwin dan duit hantaran yang menarik, seperti gubahan wang dan replika cek. Zaman sekarang, ada juga hantaran yang diberi sekali dengan jongkong emas.

3. Hantaran Sirih Junjung/Tepak Sireh

Sirih junjung dan tepak sireh merupakan tradisi Melayu yang perlu digunakan sebagai pembuka kata upacara merisik, pertunangan, ataupun pernikahan.

4. Beg Tangan

Beg tangan merupakan pilihan barang hantaran yang klasik dan popular buat pihak perempuan. Anda boleh pilihlah fesyen yang sesuai dengan citarasa bakal si isteri.

5. Alat Solek

Alat solek, mekap, set penjagaan, dan juga “skincare” merupakan hantaran yang sangat digemari oleh pihak perempuan. Terdapat pelbagai jenama yang elok dan berkualiti untuk dipilih.

6. Minyak Wangi

Si pengantin mestilah ingin berbau wangi semerbak pada hari kenduri nanti. Hantaran set minyak wangi boleh dijadikan sebagai haruman “signature” buat si isteri.

7. Kasut

Sudah tentulah kasut merupakan barang hantaran yang penting. Selalunya, kasut inilah yang akan diperagakan oleh pengantin pada hari kenduri nanti.

8. Telekung/Al Quran/Sejadah

Pilihan telekung, Al Quran dan sejadah sebagai barang hantaran juga penting kerana ia melambangkan niat untuk bersama-sama beribadah sebagai suami isteri.

9. Kek

Kek pengantin bukan saja terdapat pada hari kenduri, ia juga boleh diberi sebagai barang hantaran manisan dan boleh dikongsi bersama oleh keluarga si pengantin.

SENARAI BARANG HANTARAN LELAKI

1. Barangan Kemas

Sudah tentulah kedua-dua pengantin perlu diberikan cincin sebagai barang hantaran. Terdapat pelbagai pilihan cincin dengan harga yang mampu milik dan rekaan yang menarik dan sangat sesuai untuk dijadikan sebagai barang hantaran untuk lelaki.

LVC Classique Wedding Band

idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki cincin LVC Classique Wedding Band Cincin emas ros LVC Classique, idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki.

LVC Classique Wedding Band in White Gold with an Inner Diamond

idea hadiah hantaran kahwin untuj lelaki cincin LVC Classique Wedding Band in White Gold with an Inner Diamond Cincin LVC Classique emas putih dengan berlian dalam, idea hantaran kahwin untuk lelaki.

LVC Purete Duo Wedding Band with Mixed Matte and Glossy Finish in Platinum

idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki cincin LVC Purete Duo Wedding Band with Mixed Matte and Glossy Finish in Platinum Cincin platinum LVC Purete Duo kemasan matte dan berkilat, idea hantaran kahwin untuk lelaki.

LVC Purete Classic Wedding Band with Glossy Finish in Platinum

idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki cincin LVC Purete Classic Wedding Band with Glossy Finish in Platinum LVC mens diamond ring in platinum with a contemporary look for the groom's wedding band

LVC Purete Step Edge Wedding Band in Platinum

idea hadiah hantaran kahwin untuk lelaki cincin LVC Purete Step Edge Wedding Band in Platinum Cincin platinum LVC Purete Step Edge, idea hantaran kahwin untuk lelaki

LVC Purete Blessed Wedding Band with Dual Finish in Platinum

Cincin platinum LVC Purete Blessed kemasan matte dan berkilat, sesuai sebagai hantaran kahwin untuk lelaki. Cincin platinum LVC Purete Blessed kemasan matte dan berkilat, sesuai sebagai hantaran kahwin untuk lelaki.

 

LVC Purete Bliss Wedding Band in Platinum

Cincin platinum LVC Purete Bliss rekaan silang moden dengan berlian dalam, sesuai sebagai hantaran kahwin untuk lelaki. Cincin LVC Purete Bliss platinum dipakai lelaki, simbol penyatuan cinta sebagai hantaran kahwin.

LVC Purete Classic Wedding Band with Matte Finish in Platinum

Cincin platinum LVC Purete Classic kemasan matte, sesuai untuk hantaran kahwin lelaki. Cincin LVC Purete Classic platinum dipakai lelaki, simbol cinta abadi sebagai hantaran kahwin.

2. Jam Tangan

Jam tangan merupakan hantaran yang sering digemari ramai untuk diberikan sebagai barang hantaran lelaki. Pilihlah berdasarkan cita rasa pasangan anda dan bajet yang ditetapkan.

3. Gajet Elektronik

Sejak dua menjak ini, gajet elektronik seperti “smart watch” telah menjadi pilihan barang hantaran lelaki yang popular untuk si bakal suami.

4. Dompet

Dompet ataupun “clutch bag” merupakan hantaran yang sesuai untuk dijadikan barang hantaran untuk lelaki. Jika diingini, ia juga boleh dipadankan dengan hantaran beg tangan pengantin perempuan.

5. Baju Melayu

Sudah tentulah busana baju melayu merupakan sesuatu yang elok dijadikan sebagai barang hantaran untuk lelaki. Terdapat pelbagai gaya unik yang boleh dipilih.

6. Minyak Wangi

Minyak wangi merupakan barang hantaran yang sesuai untuk kedua-dua pihak. Pilihlah minyak wangi lelaki yang bersesuaian dengan pasangan anda.

7. Buah-buahan

Hantaran makanan seperti buah-buahan juga digemari ramai dan merupakan pilihan barang hantaran yang klasik.

8. Al Quran

Hadiahkanlah sebuah Al Quran sebagai barang hantaran buat pengantin lelaki sebagai tanda niat untuk beribadah bersama-sama sebagai suami dan isteri.

TIP PEMILIHAN HANTARAN PERKAHWINAN

1. Tentukan Jumlah Mas Kahwin dan Hantaran

Ini sewajarnya dibincangkan sesama bakal pengantin dengan pendapat ibu-bapa atau ahli keluarga juga. Pastikan kedua-dua pihak selesa dengan jumlah hantaran dipilih, dan pastikan mas kahwin mengikuti kadar yang ditetapkan di negeri masing-masing.

2. Tetapkan Jumlah Dulang Hantaran Yang Ingin Disediakan

Mengikutkan adat melayu tradisional, jumlah dulang perlu diberi dalam angka ganjil. Contohnya, jika pihak perempuan menyediakan 7 dulang, pihak lelaki perlu menyediakan 5 dulang sebagai hantaran.

3. Tentukan Warna Tema

Selalunya, pihak lelaki dan perempuan akan ada warna tema masing-masing. Sebaiknya, pastikanlah dulang hantaran juga mengikuti warna tema majlis perkahwinan yang dipilih.

4. Elakkan Daripada Membuat Kejutan

Kejutan ataupun “surprise” tidak berapa sesuai dengan budaya melayu yang mengutamakan adat dan budi bahasa. Pastikan bahawa kedua-dua pihak setuju dengan semua keputusan yang dibuat.

5. Jangan Berlebih-Lebihan

Seelok-eloknya, janganlah terlalu berlebihan. Pasangkanlah niat untuk berkongsi rezeki antara ahli keluarga dan merapatkan silaturahim.

Akhir Kata

Pastikan anda dan pasangan anda mengikuti panduan-panduan dan adat persiapan barang hantaran yang tertera untuk memastikan urusan perkahwinan berjalan dengan lancar. Untuk pelbagai lagi pilihan dan idea barang hantaran kahwin menarik, layari katalog Love & Co. https://love-and-co.com.my/shop/