Join our membership and enjoy 5% off on your first purchase, with min. RM600 spend.

MALAYSIA

3 Jenis Cincin Yang Terdapat Dalam Adat Perkahwinan Melayu

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

3 Jenis Cincin Yang Terdapat Dalam Adat Perkahwinan Melayu

3 Jenis Cincin Dalam Adat Perkahwinan Melayu

Walaupun sudah berzaman lamanya, namun segelintir masyarakat Melayu masih lagi mempraktikkan adat-adat orang dulu. Antaranya merupakan adat-adat perkahwinan seperti proses merisik dan pemberian cincin sebagai hadiah kepada pihak perempuan. Namun begitu, majlis pertunangan dan kahwin juga ada cincin diamond yang diberi oleh pihak lelaki. Secara keseluruhan, terdapat 3 jenis cincin yang pihak perempuan akan terima. Tapi, apa yang membezakan antara ketiga-tiga cincin ini?

Cincin merisik (cincin belah rotan)

Merisik secara definisinya bermaksud menyelidiki atau menyiasat dengan sembunyi-sembunyi. Namun, dalam konsep berkahwin ini, merisik akan berlaku dengan pihak lelaki menghantar rombongan ke rumah si perempuan untuk mendapat tahu status perempuan itu jika sudah berpunya ataupun tidak.

Pada zaman dahulu, merisik secara tradisionalnya akan berlaku apabila pihak keluarga ingin mengaturkan perkahwinan bagi anaknya. Tapi pada masa kini, ada saja pasangan yang walaupun sudah saling mengenali, masih melakukan upacara merisik bagi keluarga mereka saling berkenalan.

Hanya satu jenis cincin yang popular di kalangan masyarakat Melayu ketika ingin merisik keluarga bakal pengantin perempuan, iaitu cincin belah rotan. Cincin belah rotan ini diperbuat oleh emas 916 dan mempunyai reka bentuk yang ringkas sahaja. Cincin merisik juga dikenali sebagai cincin tanda dimana ia membawa simbol bahawa perempuan tersebut sudah pun menerima lamaran lelaki itu.

Cincin tunang (cincin eternity)

Ada pula sesetengah pasangan yang ingin mempercepatkan atau menyenangkan proses perkahwinan dengan terus bertunang dengan calon pilihan sendiri. Ketika majlis bertunang ini, sebentuk cincin lagi akan diberikan oleh pihak lelaki kepada tunangnya sebagai tanda bahawa perempuan tersebut bakal menjadi isterinya.

Reka bentuk cincin ini dinaiktaraf kepada sesuatu yang lebih mahal dan lawa berbanding cincin merisik. Cincin tunang biasanya diperbuat oleh emas 916 juga tetapi merupakan lebih lebar dan tebal. Cincin tunang yang diperbuat oleh perak juga boleh diberikan kepada tunang perempuan. Cincin tunang yang diberikan biasanya mempunyai satu batu permata kecil dalam reka bentuknya.

Tapi pada masa kini, ramai yang memberikan tunangnya cincin eternity atau eternity ring sebagai cincin tunang. Cincin eternity ini diperbuat oleh emas 18k dan terdapat berlian kecil-kecil yang mengelilingi badan cincin tersebut.

Sepasang cincin tunang perempuan dan cincin tunang lelaki LVC Eterno Harmony Wedding Band & Wedding Ring Set in Rose Gold with Diamonds
LVC Eterno Harmony Wedding Band & Wedding Ring Set in Rose Gold with Diamonds

Cincin tunang perempuan LVC Petit Precieux Desire Diamond Wedding Band In Rose Gold
LVC Petit Precieux Desire Diamond Wedding Band In Rose Gold

Sepasan cincin tunang lelaki dan cincin tunang perempuan LVC Eterno Wedding Ring & Wedding Band Set in Rose Gold with Brilliant Diamonds
LVC Eterno Wedding Ring & Wedding Band Set in Rose Gold with Brilliant Diamonds

Cincin tunang perempuan LVC Petit Precieux Endless Diamond Wedding Band
LVC Petit Precieux Endless Diamond Wedding Band

Cincin tunang perempuan LVC Desirio Duet Wedding Band in Rose Gold and a Band of Diamonds
LVC Desirio Duet Wedding Band in Rose Gold and a Band of Diamonds

Cincin tunang perempuan berlian Classic Twist Diamond Engagement Ring
Classic Twist Diamond Engagement Ring

Cincin nikah atau cincin kahwin (cincin solitaire)

Akhir sekali adalah cincin nikah ataupun cincin kahwin. Ketika majlis akad nikah, kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan akan menerima cincin perkahwinan dari satu sama lain sebagai tanda sah ikatan sebagai suami isteri. Kedua-dua pengantin akan mengambil bahagian dalam sebuah upacara iaitu upacara membatalkan air wuduk atau air sembahyang. Ketika upacara ini, pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan menyarungkan cincin kahwin ke jari manis masing-masing setelah selesai diijab qabulkan.

Cincin nikah adalah cincin yang paling penting jika dibandingkan dengan cincin merisik dan bertunang kerana cincin ini memberi simbol bahawa pasangan tersebut sudah pun bergelar sebagai suami isteri.

Selain daripada itu, cincin nikah juga merupakan cincin yang lebih eksklusif. Cincin nikah juga selalunya direka dengan satu batu berlian atau lebih dikenali sebagai cincin solitaire.

Namun pada masa kini, ada saja pengantin yang lebih gemar mereka bentuk cincin nikahnya sendiri mengikut citarasa masing-masing daripada membeli cincin yang sudah sedia untul dibeli. Antara sebabnya adalah kerana mereka mahu cincin nikah mereka istimewa dan menonjol di antara reka bentuk cincin biasa.

Cincin nikah perempuanLVC Say Love™ Destiny Diamond Ring
LVC Say Love™ Destiny Diamond Ring

Cincin nikah perempuan Destiny Twist Diamond Engagement Ring in 6 prongs
Destiny Twist Diamond Engagement Ring in 6 prongs

Cincin nikah perempuan Destiny Diamond Engagement Ring in 6 prongs
Destiny Diamond Engagement Ring in 6 prongs

Cincin nikah perempuan Endear Diamond Engagement Ring in Heart Shaped Setting
Endear Diamond Engagement Ring in Heart Shaped Setting

Cincin nikah perempuan Classic Milgrain Twist Diamond Engagement Ring
Classic Milgrain Twist Diamond Engagement Ring

Cincin nikah perempuan Destiny Twist Diamond Engagement Ring in 6 prongs
Destiny Twist Diamond Engagement Ring in 6 prongs

Cincin tunang dan nikah untuk lelaki

Mesti anda tertanya, bagaimana pula dengan pihak lelaki? Adakah mereka akan menerima tiga jenis cincin daripada pihak perempuan juga? Jawapannya adalah tidak. Ini kerana cincin tunang ataupun cincin nikah bukanlah suatu kewajiban untuk mereka pakai.

Namun begitu, tidak salah jika pihak perempuan ingin menghadiahkan bakal suaminya cincin tunang atau cincin nikah supaya kelihatan sedondon di atas pelamin.

Tapi perlu anda ingat, oleh kerana majoriti orang Melayu beragama Islam, diharamkan bagi lelaki Melayu Islam untuk memakai cincin yang diperbuat oleh emas. Jadi, jika anda ingin menghadiahkan bakal suami anda cincin tunang atau cincin nikah, belilah cincin yang diperbuat oleh perak ataupun platinum.

Cincin tunang lelaki atau cincin nikah lelaki LVC Purete Wedding Band in Platinum with Milgrain Design
LVC Purete Wedding Band in Platinum with Milgrain Design

Cincin tunang lelaki atau cincin nikah lelaki LVC Purete Classic Wedding Band in Platinum with Matte Finish
LVC Purete Classic Wedding Band in Platinum with Matte Finish

Cincin tunang lelaki atau cincin nikah lelaki LVC Purete Trust Wedding Band in Platinum with Diamonds Inlay
LVC Purete Trust Wedding Band in Platinum with Diamonds Inlay

Cincin tunang lelaki atau cincin kahwin lelaki LVC Purete Duo Wedding Band with Mixed Matte and Glossy Finish
LVC Purete Duo Wedding Band with Mixed Matte and Glossy Finish

Cincin tunang lelaki atau cincin nikah lelaki LVC Purete Trust Wedding Band in Platinum with Diamonds
LVC Purete Trust Wedding Band in Platinum with Diamonds

Pemakaian cincin merisik, tunang, dan nikah

Nak berkahwin pun sampai tiga cincin diberi! Mesti anda tertanya-tanya di jari mana harus pakai cincin merisik, cincin tunang, dan cincin nikah?

Pemakaian cincin sebenarnya terpulang kepada yang memakai, yang penting anda selesa apabila memakainya. Tetapi, ada yang berpendapat bahawa cincin merisik disarungkan di jari manis belah kiri manakala cincin bertunang di jari manis belah kanan.

Boleh juga jika anda ingin memakai kedua-dua cincin merisik dan cincin tunang bersama-sama di jari manis belah kanan.

Jika anda sudahpun berkahwin, and boleh memakai cincin nikah anda bersama-sama cincin tunang di jari belah kanan manakala cincin merisik kekal di jari manis belah kiri.

Akhir kata

Walau apa-apa pun, anda perlu ingat bahawa perbuatan memberi cincin ini hanyalah adat semata-mata. Haruslah ingat bahawa dari sudut pandangan Islam, yang penting hanyalah proses akad nikah. Jika anda mampu, teruskan! Layari laman web Love & Co. https://love-and-co.com.my/ untuk mengtahui lebih lanjut jenis-jenis cincin yang terdapat!

LVC Soleil

Translating to ‘sun’ in French, the LVC Soleil collection features a mix of golds that blend together seamlessly,

Get Inspired

Made with love to celebrate love
@Loveandcoofficial

Hear It First

Sign up and save on your first order. Be the first to get access to limited-edition
products, exclusive promotions, and stories to celebrate love.