Join our membership and enjoy 5% off on your first purchase, with min. RM600 spend.

MALAYSIA

Adat Resam Perkahwinan Melayu Pada Zaman Kini

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Adat Resam Perkahwinan Melayu Pada Zaman Kini

Perkahwinan Bagi Orang Islam Melayu

Makin kita menaiki tangga umur, makin ramai rakan-rakan kita yang memutuskan untuk berkahwin. Ya betul, kita dah belajar tentang perkahwinan ketika di zaman persekolahan, tapi masih lagi ada yang keliru dan mempunyai banyak soalan tentang asas-asas perkahwinan. Tapi pernah tak anda terfikir, apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkahwinan?

Jangan risau, artikel ini akan memberikan anda segala maklumat yang anda perlu tahu tentang asas perkahwinan, adat-adat resam perkahwinan orang Melayu dan jenis hadiah yang boleh anda berikan kepada bakal pengantin perempuan sewaktu adat-adat ini dijalankan.

Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perkahwinan?

Secara umumnya, perkahwinan ialah penyatuan dua orang yang sah di sisi undang-undang, diiktiraf oleh pihak berkuasa sivil dan/atau terikat oleh kepercayaan agama yang dikongsi bersama mereka. Tapi, adakah perkahwinan membawa maksud yang berbeza dari segi ajaran agama Islam?

Maksud perkahwinan di dalam agama Islam

Menurut istilah syarak, perkahwinan ialah Ijab dan Qabul (‘aqad), yang apabila dilafazkan dengan lafaz nikah, menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.

Hukum untuk berkahwin

Oleh kerana Islam adalah panduan gaya hidup bagi orang yang beragama Islam, agama tersebut telah menentukan garis panduan yang perlu diikuti, terutamanya bagi mereka yang ingin berkahwin, alang-alang kita sudah pun berbincang mengenai topik itu.

Dalam Islam, terdapat lima hukum untuk berkahwin yang dapat membantu pengikutnya yang sedang menghadapi situasi-situasi yang berbeza.

Wajib

Seseorang itu dijatuhkan hukum wajib untuk berkahwin jika dia merupakan seseorang yang berkemampuan tapi tidak boleh mengawal nafunya sehingga risau akan melakukan maksiat.

Sunat

Seseorang itu dihukum sunat untuk berkahwin jika dia mampu untuk membayar mas kahwin dan nafkah dan pada masa yang sama, mampu mengawal nafsunya.

Harus

Harus bagi seseorang itu untuk berkahwin jika dia tidak mempunyai apa-apa sebab untuk dia berkahwin dan tidak ada apa-apa bantahan untuk berkahwin.

Makruh

Seseorang itu makruh untuk berkahwin jika dia risau bahawa dia akan menganiaya bakal isteri nya jika berkahwin.

Haram

Dan akhir sekali, jatuh haram bagi seseorang untuk berkahwin jika dia mempunyai tujuan untuk menzalimi bakal isteri nya.

Apa sebenarnya mas kahwin?

Apabila berbincang tentang perkahwinan, pasti timbul satu topik yang berkenaan dengan duit. Topik itu adalah mas kahwin, yang sering mengelirukan ramai orang mengenai apa perbezaan antara mas kahwin dan duit hantaran?

Mas kahwin adalah pemberian wang yang wajib diberi oleh pihak lelaki kepada bakal isterinya. Kadar mas kahwin di Malaysia berubah-ubah bergantung kepada pejabat/jabatan agama Islam dan kadarnya berbeza bagi setiap negeri.

Duit hantaran pula adalah hadiah yang diberikan daripada pihak lelaki kepada bakal isterinya dalam bentuk duit. Tapi, duit hantaran bukanlah sesuatu yang wajib dalam agama Islam. Jumlah yang hendak diberi boleh dibawa bincang antara pihak lelaki dan pihak perempuan agar kedua-duanya bersetuju dengan jumlah tersebut.

Lain orang, lain cara penggunaan duit hantaran berikut. Ada yang memutuskan untuk menjadikan duit hantaran sebagai duit simpanan, duit perbelanjaan di rumah, dan sebagainya. Tapi ramai pada masa kini yang menggunakan duit hantaran untuk menyediakan majlis perkahwinan mereka.

Adat Resam Perkahwinan Melayu Pada Zaman Kini

Disebabkan sekarang anda sudah tahu apa itu yang dimaksudkan dengan perkahwinan, dan hukum-hakam perkahwinan dalam Islam, adakah anda sedia untuk mendirikan rumahtangga? Mungkin anda ingin merancang perkahwinan anda tetapi anda kurang berpengetahuan tentang adat-adat perkahwinan. Pernah tak anda tertanya-tanya tentang macam mana sebenarnya perkahwinan orang Melayu? Apakah majlis-majlis yang perlu diadakan?

Apakah adat-adat resam perkahwinan Melayu?

Adat perkahwinan Melayu adalah aktiviti-aktiviti yang telah diamalkan buat turun-temurun sehingga ia telah menjadi sebuah norma seperti merisik, berandam, mandi limau, dan sebagainya. Tetapi, oleh kerana zaman dah semakin maju akibat arus kemodenan teknologi, hanya sesetengah adat yang masih lagi diamalkan pada zaman kini kerana kepraktisannya.

Adat merisik

Tujuan merisik pada awalnya adalah untuk ibu bapa pihak si lelaki mengenali perempuan yang telah dipilih untuk menyiasat jika perempuan tersebut merupakan calon yang baik melalui bertanya jiran tetanga, menghantar wakil ke rumah perempuan tersebut, dan sebagainya. Tetapi, aktiviti merisik pada zaman sekarang sudah berubah.

Adat merisik pada zaman sekarang dilakukan apabila kedua-dua keluarga si lelaki dan si perempuan bertemu bagi mengenal satu sama lain dengan lebih baik, terutamanya bagi pasangan yang telah lama bercinta. Melalui perjumpaan ini, ibu bapa mereka akan berbincang mengenai majlis pertunangan dan duit hantaran yang merupakan sesuatu yang sering dibincangkan mengenai perkahwinan.

Ketika merisik jugalah dimana pihak lelaki akan menghadiahkan bakal pengantin perempuannya sebentuk cincin jenis belah rotan.

Cincin Belah Rotan atau cincin merisik Emas untuk bakal pengantin perempuan
LVC Classique Wedding Band in Yellow Gold

Adat bertunang

Adat bertunang pula dilakukan dengan tujuan untuk menghantar tanda bahawa perempuan tersebut sudah pun berpunya. Biasanya, majlis pertunangan akan diadakan di rumah pihak perempuan.

Ketika majlis tersebut berlangsung, kedua-dua pihak lelaki dan perempuan akan menyediakan hantaran untuk satu sama lain, biasanya dalam nombor yang ganjil. Selain daripada itu, pihak lelaki akan menghadiahkan tunangnya sebentuk cincin tunang. Cincin tunang biasanya akan lebih cantik berbanding cincin merisik, dimana cincin tunang yang diberi mempunyai batu batu kecil.

Cincin Tunang dengan batu permata kecil
LVC Eterno Harmony Wedding Band in Rose Gold with Diamonds

Akad nikah

Akhirnya, sudah tiba untuk majlis yang paling ditunggu-tunggu iaitu majlis akad nikah. Lain daripada adat-adat yang disebut di atas, akad nikah bukanlah sebuah adat tetapi ia merupakan sebuah tuntutan agama. Selalunya, majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan tapi pada zaman kini, ramai yang membuat keputusan untuk bernikah di masjid.

Ketika majlis akad nikah sedang berlangsung, majlis tersebut akan diketuai oleh seorang Wali, biasanya Wali merupakan ayah pengantin perempuan tersebut, seorang Kadi, dan dua orang yang akan menjadi saksi majlis tersebut.

Kemudian, Kadi akan memberikan khutbah mengenai perkahwinan termasuklah peringatan kepada pengantin lelaki tentang tugasnya sebagai seorang suami. Setelah itu, pengantin lelaki akan menyebut lafaz nikah iaitu, “aku terima nikah (nama pengantin perempuan) dengan mas kahwin sebanyak (nilai) tunai.” Jika pengantin lelaki mengucap lafaz nikah berikut dengan jelas dan tidak tergagap-gagap, upacara akad nikah akan dianggap sah.

Majlis akad nikah akan diteruskan dengan upacara membatalkan air sembahyang dimana pengantin lelaki akan menyarungkan cincin nikah iaitu sebuah cincin diamond pada jari manis pengantin perempuan. Tetapi, pada zaman sekarang, ramai pengantin perempuan yang memutuskan untuk menggantikan cincin nikah dengan seutas gelang atau seutas rantai sebagai salah satu hadiah perkahwinan.

Cincin Akad Nikah atau cincin perkahwinan batu permata solitaire
LVC Say Love™ Destiny Esme Diamond Ring
Gelang Tangan Akad Nikah sebagai hadiah perkahwinan
LVC Joie Diamond Bracelet in Rose Gold
Rantai Akad Nikah sebagai hadiah perkahwinan
LVC Charmes Brilliance Diamond Necklace

Akhir kata

Berkahwin memang menyeronokkan tetapi pastikan anda tahu tentang perkara-perkara penting mengenai perkahwinan dan adat-adat resam yang menyelubungi perkahwinan Melayu supaya anda boleh lebih bersedia sekiranya anda ingin melakukan semua adat yang dinyatakan di atas. Jika anda ingin melihat jenis cincin atau gelang lain untuk perkahwinan anda, anda boleh layari laman web Love & Co di www.love-and-co.com.my.

 

LVC Soleil

Translating to ‘sun’ in French, the LVC Soleil collection features a mix of golds that blend together seamlessly,

Get Inspired

Made with love to celebrate love
@Loveandcoofficial

Hear It First

Sign up and save on your first order. Be the first to get access to limited-edition
products, exclusive promotions, and stories to celebrate love.